20hb Feb 2009
Harian Metro
Harian Metro
SAYA memakai barang kemas dengan kos melebihi RM1,500. Adakah saya wajib mengeluarkan zakat ke atas barang kemas berkenaan?
Jika dikenakan zakat, bagaimana cara kiraannya? Adakah kadarnya perlu dikira berdasarkan harga beli atau mengikut nilai pasaran dan berapakah yang harus dibayar?
SAL,Jika dikenakan zakat, bagaimana cara kiraannya? Adakah kadarnya perlu dikira berdasarkan harga beli atau mengikut nilai pasaran dan berapakah yang harus dibayar?
Kuala Lumpur
BARANG kemas wanita daripada emas dan perak yang dipakai tidak wajib zakat kecuali ia disimpan tanpa dipakai selama satu tahun atau melebihi uruf (adat) kebiasaan.
Lagi pula barang kemas yang anda miliki belum lagi mencukupi nisab tahunan iaitu RM7,900 bagi tahun 2009 (rujuk Pusat Zakat Selangor, http://www.e-zakat.com.my/baru/).
Apabila cukup nisab dan haul (pegangan setahun) baru zakat dikenakan. Kadar zakat ialah 2.5 peratus daripada jumlah nilai barangan emas dan perak terbabit.
Anda juga dinasihatkan berhubung dengan pusat zakat terdekat untuk pertanyaan lanjut.
Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak Bagi Negeri Selangor
Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut.
Kadar uruf emas di Negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
Contoh:(Timbangan emas x harga semasa di bahagi 100% x 2.5%)
900 gram x RM167 = RM150,300 di bahagi 100 x 2.5% = RM3757.50
2. Emas Yang Disimpan (Emas yang tidak dipakai)
Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai.
Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
Contoh:Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM167 = RM15,030 dibahagi 100% x 2.5% = RM 375.75
3. Perak
Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut.
Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih.
Contoh::
600gram perak x RM15(segram) =RM 9000,00 dibahagi 100% x 2.5% = RM225
Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak Bagi Wilayah Persekutuan
1. Emas Perhiasan Wanita (Emas yang dipakai)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:Berat Emas yang dipakai = 230gram
Uruf Emas = 150gram
Berat Emas yang layak dizakat = 230 gram – 150 gram = 80gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (80 gram x harga semasa)
= 80 gram x RM 167 =RM13,380 dibahagi 100% x 2.5%
= RM334
2. Emas Yang Disimpan (Emas yang tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM14,195 x 2.5%
Jumlah zakat = RM354.88